TAJUK
PROJEK :
GAYA
HIDUP SIHAT
DISEDIAKAN
OLEH :
MOHD ADNAN BIN ABD RAHIM 2015831382
KHAIREENA BINTI KHAIRI 2015404774
NUR AFIQAH BINTI ISAN 2015481848
HAMIDATON IZATI BINTI HAMBALI 2015454676
MOHD ADNAN BIN ABD RAHIM 2015831382
KHAIREENA BINTI KHAIRI 2015404774
NUR AFIQAH BINTI ISAN 2015481848
HAMIDATON IZATI BINTI HAMBALI 2015454676
DISEMAK
OLEH :
USTAZAH
MAHFUZAH BINTI ZABIDI
KOD
KURSUS & PROGRAM:
CTU555
& AP248/2A
1. Sebab memilih tajuk :
- Ingin mengetahui bilangan pelajar yang mengamalkan gaya hidup sihat.
- Kerana terlampau ramai kalangan obesiti di malaysia
- Mengetahui cara pengambilan makanan
- Pelajar sukar meluangkan masa untuk bersukan
2. Kepentingan Gaya Hidup Sihat
a) Memastikan
tahap kesihatan yang baik
Kebaikan utama gaya hidup yang sihat ialah
amalan yang membina ini sentiasa memastikan tahap kesihatan berada dalam
keadaan yang baik. Sebagai contohnya, gaya hidup sihat selalu memberi faedah
kepada kecergasan fizikal. Misalnya , dengan melakukan aktiviti senaman secara
kerap , kehidupan seseorang itu menjadi lebih sihat dan menceriakan. Senaman
seperti bersukan, berekreasi, bersenam robik, berjalan dan berlari memastikan
tubuh kita menjadi cergas dan sistem peredaran darah menjadi lebih teratur.
Pada masa yang sama, sistem imunisasi manusia menjadi lebih cekap dan
seterusnya stamina dan kekuatan dapat dibina. Selain daripada itu, amalan gaya
hidup yang sihat juga menggurangkan risiko menghadapi penyakit berbahaya.
Sebagai contohnya, apabila kita sering melakukan senaman ataupun mengambil
makanan dengan kadar nutrisi yang betul, maka kita dapat mengelakkan diri
daripada pendedahan kepada penyakit berbahaya. Misalnya, penyakit seperti
diabetes dan penyakit jantung sering mencari mangsa yang kurang mengamalkan
amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok dan makan makanan yang
berkolestrol.
b)
Menstabilkan kesihatan mental dan mengurangkan tekanan.
Seterusnya, gaya hidup sihat juga menjamin
kestabilan kesihatan mental serta sentiasa mengawal ataupun mengurangkan
tekanan. Sebagai contohnya, amalan berehat dan tidur dengan kadar yang
mencukupi dapat mengurangkan tekanan dan menenangkan tubuh badan serta minda.
Dengan bersikap lebih prihatin terhadap masa rehat dan masa tidur proses
metabolism juga dapat dijalankan dengan lancer. Berikutan dengan itu, gaya
hidup sihat yang lain seperti pemikiran positif mampu memberi jalan
penyelesaian bagi kemelut–kemelut yang serius tanpa mengadapi tekanan yang
berlebihan. Ini adalah kerana tekanan yang kita hadapi kadang kala boleh
menjuruskan kepada masalah mental ataupun masalah sosial seperti pembuangan
bayi, vandalisme dan sebagainya.
c)
Mendisiplinkan masyarakat
Pada masa
yang sama, gaya hidup yang sihat juga melahirkan insan yang disiplin dan sihat
dari segi fizikal dan persekitaraannya. Misalnya, seseorang yang mengamalkan
gaya yang positif akan sentiasa menjaga kebersihan diri sendiri dan juga
persekitaraanya. Dengan mengutamakan kebersihan , maka kita dapat menghalang
wabak-wabak penyakit dari terus tersebar. Di samping itu, kita juga dapat hidup
dalam suasana yang sihat dan harmoni. Amalan seperti menjaga kebersihan diri
serta persekitaraan melalui mandi, berpakaian bersih, gotong-royong dan
membuang sampah-sarap dalam tong sampah akan membentuk disiplin dan peribadi
seseorang.
3. Cara Mengatasi
- Melibatkan diri ( kumpulan ) melakukan gaya hidup sihat seperti berjogging, bersenam, mengamalkan makanan yang seimbang dan sebagainya.
- Menyebarkan notis cara pemakanan
-menjaga kebersihan
- Antara faedah mengamalkan gaya hidup sihat adalah dapat menjadikan badan kita kuat. Makanan yang diambil berdasarkan piramid makanan akan membantu tubuh untuk melawan penyakit kerana tubuh kita mendapat nutrisi yang secukupnya. Sebagai contoh, apabila makanan yang diambil bebas daripada penggunaan bahan pewarna dan perasa tambahan juga baja kimia, badan kita akan menjadi lebih sihat dan kuat. Hal ini akan menjurus kepada menjadikan badan lebih kuat bagi menangkis penyakit.
Selain itu, kita dapat menjalani kehidupan
yang lebih bermakna. Hal ini kerana, gaya hidup sihat menjanjikan kita dengan
kesihatan yang lebih baik berbanding gaya hidup tidak sihat. mereka yang
mengamalkan gaya hidup sihat seperti mengawal makanan dan bersenam dapat
mengurangkan risiko penyakit misalnya jantung tersumbat. Kesannya, pengamal
tidak perlu menjalani kehidupan menyulitkan seperti terpaksa mengikut jadual
ubat-ubatan dan pergi ke hospital.
Di samping itu, pengamal juga akan terhindar
daripada pelbagai gejala sosial seperti merokok, minum arak, mengambil dadah
dan pergaulan bebas. Hal ini kerana pengamal akan dapat memikirkan secara logik
tentang kesan apabila terlibat dengan penyakit sosial. Sebagai kesan, pengamal
akan menjadi seseorang yang memberi manfaat kepada masyarakat.
Akhir sekali, pengamalan gaya hidup sihat
akan dapat melahirkan sebuah keluarga yang bahagia. Hal ini kerana keluarga ini
dibina berdasarkan sebuah elemen yang cukup mantap iaitu gaya hidup sihat yang
merangkumi pengambilan makanan seimbang, senaman dan tidak terlibat dengan
gejala sosial. Hubungan antara keluarga juga dapat dieratkan. Misalnya, ahli
keluarga makan makanan sihat bersama-sama dann beriadah bersama sama. keluarga
bahagia inilah yang akan dapat melahirkan anak-anak yang produktif untuk
negara.
GAYA HIDUP SIHAT DARI PANDANGAN ISLAM
PENGHARGAAN
OBJEKTIF
- Ingin mengetahui bilangan pelajar yang mengamalkan gaya hidup sihat.
- Kerana terlampau ramai kalangan obesiti di malaysia
- Mengetahui cara pengambilan makanan
- Pelajar sukar meluangkan masa untuk bersukan
DARI KAJIAN TEMU RAMAH
Antara soalan soalan yang telah kami berikan kepada pelajar ialah
1) apakah yang ada paham tentang gaya hidup sihat
2) Sebagai seorang pelajar, bagaimana anda menguruskan masa dengan gaya hidup sihat
3) Apakah pengambilan makanan yang anda ambil
Hasil Dapatan
Melalui temu ramah yang telah kami lakukan, kebanyakan pelajar tidak mengetahui erti gaya hidup sihat dari segi fizikal dan mental. sebahagian daripada mereka tidak mengamalkan cara yang betul bahkan mereka hanya mengetahui gaya hidup sihat itu adalah berkaitan dgn bersenam dan cara pemakanan yang betul.
Selain itu, sebilangan pelajar tidak arif dalam pengurusan jadual yang betul . Hal ini dapat dibuktikan apabila hanya sebilangan pelajar sahaja yang mengamalkan gaya hidup sihat, tetapi selebihnya tidak menggunakan masa bersenam sebagai rutin harian mereka . Seperti berjoging pada waktu petang, mengamalkan pemakanan yang sihat pada setiap hari, mengelakkan pemakanan yang mengandungi perisa tambahan yang berlebihan seperti makanan ringan pizza, keropok berperisa dan sebagainya yang boleh membawa kesan negatif kepada diri.
Namun yang demikian, terdapat sebilangan pelajar mengambil cara pemakanan yang betul dan berkhasiat seperti karbohidrat, protein, sayur - sayuran dan lain lain yang boleh menggalakkan pertumbuhan yang sihat dalam kalangan masayarakat. Pengamalan gaya hidup sihat yang diamalkan dpaat membawa impak positif kepada diri dan masyarakat sekeliling.
Natijahnya , kebanyakan siswa dan siswi tidak mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan mereka sebagai pelajar. Hal ini kerana mereka lebih sibuk dengan kepadatan kerja pelajar yang diberikan oleh pensyarah daripada mementingkan pemakanan dan cara gaya hidup yang sihat. Oleh itu, pelajar seharusnya melakukan aktiviti atau senaman yang ringan walaupun hanya beberapa minit bagi memastikan makanan yang di ambil mampu memberi tenaga dan kesan positif kepada mereka.
GAYA HIDUP SIHAT DARI PANDANGAN ISLAM
PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim..
Alhamdullilah,bersyukur
ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang
dianugerahkan kepada kami dapat juga menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Pertamanya,
kami ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada pensyarah tercinta saya,
Ustazah Mahfuzah Binti Zabidi kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan
daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.
Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada
kawan-kawan serta temu ramah yang memberi kami pemudahcara untuk
menyiapkan kerja kursus ini dengan hasil jawapan yang jujur mereka
berika. .Mereka telah memberikan kami segala kemudahan dan sokongan
moral yang tidak terhingga sampai kami berjaya menghabiskan tugasan ini.
Akhir
madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung
atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.
OBJEKTIF
- Ingin mengetahui bilangan pelajar yang mengamalkan gaya hidup sihat.
- Kerana terlampau ramai kalangan obesiti di malaysia
- Mengetahui cara pengambilan makanan
- Pelajar sukar meluangkan masa untuk bersukan
DARI KAJIAN TEMU RAMAH
Antara soalan soalan yang telah kami berikan kepada pelajar ialah
1) apakah yang ada paham tentang gaya hidup sihat
2) Sebagai seorang pelajar, bagaimana anda menguruskan masa dengan gaya hidup sihat
3) Apakah pengambilan makanan yang anda ambil
Hasil Dapatan
Melalui temu ramah yang telah kami lakukan, kebanyakan pelajar tidak mengetahui erti gaya hidup sihat dari segi fizikal dan mental. sebahagian daripada mereka tidak mengamalkan cara yang betul bahkan mereka hanya mengetahui gaya hidup sihat itu adalah berkaitan dgn bersenam dan cara pemakanan yang betul.
Selain itu, sebilangan pelajar tidak arif dalam pengurusan jadual yang betul . Hal ini dapat dibuktikan apabila hanya sebilangan pelajar sahaja yang mengamalkan gaya hidup sihat, tetapi selebihnya tidak menggunakan masa bersenam sebagai rutin harian mereka . Seperti berjoging pada waktu petang, mengamalkan pemakanan yang sihat pada setiap hari, mengelakkan pemakanan yang mengandungi perisa tambahan yang berlebihan seperti makanan ringan pizza, keropok berperisa dan sebagainya yang boleh membawa kesan negatif kepada diri.
Namun yang demikian, terdapat sebilangan pelajar mengambil cara pemakanan yang betul dan berkhasiat seperti karbohidrat, protein, sayur - sayuran dan lain lain yang boleh menggalakkan pertumbuhan yang sihat dalam kalangan masayarakat. Pengamalan gaya hidup sihat yang diamalkan dpaat membawa impak positif kepada diri dan masyarakat sekeliling.
Natijahnya , kebanyakan siswa dan siswi tidak mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan mereka sebagai pelajar. Hal ini kerana mereka lebih sibuk dengan kepadatan kerja pelajar yang diberikan oleh pensyarah daripada mementingkan pemakanan dan cara gaya hidup yang sihat. Oleh itu, pelajar seharusnya melakukan aktiviti atau senaman yang ringan walaupun hanya beberapa minit bagi memastikan makanan yang di ambil mampu memberi tenaga dan kesan positif kepada mereka.
adakah semua yang mengamalkan ini sudah berjaya
ReplyDelete