Friday, June 10, 2016

Soalan Pengukuhan (CTU 555 Populariti Masyarakat Alam Melayu Dalam Sejarah )

Soalan 1

Huraikan Empat elemen utama yang membuktikan kerajaan Melayu Melaka sebagai sebuah kerajaan Islam

Antara faktor melaka menjadi pusat pluraliti masyarakat ialah sultan melaka yang berwawasan dan berwibawa selain itu sistem pentadbiran melaka yang cekap dibantu oleh bendahara Tun Perak, dasar pelabuhan dan perdagangan bebas, pemelukan Islam oleh raja Melaka dan ditambah pula dengan adanya sultan melaka yang cintakan ilmu pengetahuan dari Arab, cina ,India dan lain lain datang berdagang dengan bebas dan aman, Pedagang arab telah menyebarkan islam serta mengajar pelbagai bidang ilmu
 pengetahuan seperti ilmu tasawuf fiqah ibadah dan lain lain. Di samping itu raja Melaka berkahwin dengan masyarakat pendatang seperti perkahwinan Puteri Hang li Po dari China dan membuat percampuran diplomatik dengan negeri china. Berlaku pencampuran masyarakat dan budaya iaitu pluraliti masyarakat dan pluraliti budaya di Melaka secara asimilasi. Contohnya : masyarakat baba dan nyonya keturunan Syed Arab dan lain lain. Dari aspek budaya pula dapat dilihat dalam amalan upacara bersanding yang dipengaruhi oleh unsur hindu. Manakala contoh ; Majlis khatam al- Quran, berzanji dan marhaban dari Arab atau Islam. 




Huraikan Empat elemen penting yang berkait rapat dengan pembentukan masyarakat pluralistik selepas merdeka.

Dari segi politik, setiap etnik telah membentuk parti politik masing masing iaitu Melayu ( UMNO) cina (MCA ) dan india ( MIC). ketiga tiga parti telah bergabung sebagai parti perikatan dan menang dalam pilihanraya tahun 1955. Ketiga tiga parti tersebut sama sama berjuang menuntut kemerdekaan daripada pihak british.

Dari segi perlembagaan , perlembagaan persekutuan malaysia adalah undang undang tertinggi yang menjadi sumber segala prundangan yang lain yan gwujud dimalaysia. Dari segi sejarah terdapat dua peringkat kontrak sosial yang pernah berlaku di alam melayu. Pertama ialah yang berlaku di zaman pluraliti iaitu wa'ad atau janji taat setia dan saling menghormati di antara rakyat dan raja. Ia berlaku antara Demang Lebar Daun yang mewakili rakyat dengan Sang Sapurba yang mewakili raja dan pemerintah

Dari segi pendidikan, semasa zaman penjajahan british tidak ada satu pun pendidikan rasional. Setiap etnik mempunyai acuan pendidikan sendiri iaitu Sekolah Melayu, Cina dan Tamil. Sistem pendidikan di persekutuan di tanah melayu terbahagi kepada tiga peringkat iaitu 

a) Pendidikan british rendah dan menengah - anak bangsawan melayu dan anak hartawan                                                                           cina dan india 
b) Sekolah melayu peringkat rendah dengan bantuan british
c)Sekolah vernakular Cina dan Tamil

Selepas merdeka perlembagaan telah memperuntukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan 

Dari segi Ekonomi, selepas merdeka kerajaan telah melakukan pelbagai usaha untuk mengatasi masalah ekonomi dan sosio politik. Rancangan pembangunan ekonomi negara dibahagikan kepada empat peringkat 

a) Rancangan pra merdeka ( rangka pembangunan persekutuan tanah melayu dan                                                             rancangan persekutuan melayu pertama )
b) rancangan selepas merdeka ( rancangan persekutuan melayu kedua dan sebahagian                                                           daripada rancangan malaysia yang pertama )
c) rancangan era dasar ekonomi baru 
d) dasar pembangunan negara 




Jelaskan tiga faktor pembentukan pluraliti di Malaysia 


Kenyataan di atas ternyata dapat kita simpulkan bahawa pelbagai cabaran yang perlu kita tempuhi bagi membina negara Malaysia yang unggul di mata dunia. Terdapat pelbagai cabaran yang di antaranya adalah cabaran sulung atau yang utama iaitu di mana cabaran kepentingan etnik dari aspek sosial. Aspek sosial ini dapat lihat melalui empat paradigma yang berlainan iaitu dari sudut pemisahan fizikal, sistem pendidikan yang berasingan, polarisasi dalam kalangan pelajar dan kontrak sosial. Dari sudut pemisahan fizikal ianya berlaku dalam masyarakat negara ini yang timbul akibat daripada kesan dasar “pecah dan perintah” yang diamalkan oleh British sejurus mennjajah Malaysia. Ketiga-ketiga kumpulan kaum ini bukan sahaja terasing daripada segi lokasi tempat tinggal, malahan mereka menjalankan jenis pekerjaan yang berbeza. Keadaan ini juga menyebabkan sesuatu golongan etnik itu tidak mengenal atau berpeluang berinteraksi dengan lebih kerap di antara sesama mereka khususnya mereka yang tinggal dalam wilayan yang berbeza. Hal ini berlaku akibat pemisahan fizikal yang disebabkan keadaan geografi di Sabah dan Sarawak yang terpisah oleh Laut China Selatan. Implikasinya terhadap hubungan etnik memperlihatkan perbezaan dari aspek lokasi yang berbeza merupakan perkembangan yang kurang sihat dalam pemupukan hubungan etnik di Malaysia. Selain itu, ia hanya meningkatkan lagi perasaan kekitaan atau etnosentrisme yang bermaksud pandangan atau perseptif yang melihatkan kelompok etnik lain melalui kaca mata etnik itu sendiri. Keadaan sebegini hanya akan menimbulkan prasangka, stereotaip dan mengekalkan kejahilan di dalam kalangan ahli bagi sesuatu golongan etnik terhadap golongan etnik yang lain. Contoh yang boleh kita nyatakan di sini adalah, kejahilan ilmu masyarakat Semanjung Malaysia dalam memahami cara hidup masyarakat Sabah dan Sarawak yang sedikit berbeza dari aspek budaya, keagamaan mahupun adat resam. Perkara sebegini mungkin akan berlaku jika semua etnik hanya mengambil berat tentang etniknya yang tersendiri sahaja. Maka, pastinya amat sukar sekali Malaysia untuk menjadi negara yang lebih maju sekiranya masyarakatnya terpisah dari sudut fizikal dan terasing dari arus pemodenan negara. Seterusnya, adalah dari sudut sistem pendidikan yang terasing. Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri. Maksudnya di sini adalah, pelajar Melayu menuntut di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa perantaraan bahasa Melayu, pelajar Cina menuntut di sekolah Cina dan juga menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa perantaraan, manakala, pelajar India menuntut di sekolah Tamil dan menggunakan bahasa Tamil. Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan perbezaan etnik kurang memainkan peranan yang berkesan bagi memupuk integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar. Situasi hanya akan menyebabkan interaksi mereka hanya terhad di antara etnik yang sama sahaja. Implikasi bagi hubungan etnik ini hanya memberikan kesan yang negatif kepada negara Malaysia. Semua etnik masing-masing mempertahankan bahasa ibunda mereka dan tidak akan menerima bahasa ibunda kaum yang lain. Ini adalah mereka akan menganggap adalah tidak wajar dan tidak penting untuk mempelajari bahasa kaum yang lain. Selain itu, adalah menjadi satu kemestian di mana setiap sekolah mengamalkan sistem pendidikan yang berbeza. Ianya akan memberikan impak yang kurang elok kepada penstrukturan negara kerana mempunyai corak pendidikan yang berbeza-beza. Tidak juga dilupakan bahawa golongan yang menuntut di sekolah itu juga akan terlahirnya para pemimpin untuk mentadbir negara Malaysia pada satu hari kelak. Sekiranya pemikiran mereka hanya disogok dengan etnik mereka sahaja, sudah pasti Malaysia tidak akan berada dalam keadaan yang aman. Bakal pemimpin negara ini juga mengalami kesukaran untuk mendapatkan kata sepakat daripada rakyatnya yang terdiri daripada etnik yang berbeza. Pastinya, amat sukar untuk kita memupuk masyarakat yang majmuk jika cabaran ini dianggap enteng oleh pihak yang berwajib. Dari sudut polarisasi dalam kalangan pelajar yang dapat kita lihat adalah masih lagi terdapat keterasingan pada peringkat sekolah rendah, kerenggangan pada peringkat sekolah menegah dan institut pengajian tinggi awam (IPTA) serta institut pengajian tinggi swasta (IPTS) masih wujud. Keadaan sebegini menyukarkan lagi proses hubungan etnik di Malaysia. Implikasinya di sini adalah nilai-nilai bagi memupuk semangat kekitaan pada negara Malaysia tidak dapat diterapkan dengan berkesan kerana masih lagi terdapat jurang di antara semua kaum. Jika kita lihat, pada masa kini, masih ada lagi para ibu bapa yang kurang mempercayai untuk menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Kebangsaan. Mereka lebih mudah menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan kerana merasakan struktur pendidikan di sekolah tersebut dapat menjamin kecemerlangan akademik anak mereka. Sukar sekali untuk kita memaksa ibu bapa ini kerana mereka mempunyai satu perspektif yang perlu kita hormati. Walau bagaimanapun, tidak semua ibu bapa yang bertindak sedemikian.

Cabaran yang kedua adalah cabaran kepentingan etnik dari aspek ekonomi. Melalui aspek ekonomi terdapat dua perkara yang perlu ditekankan adalah penguasaan ekonomi dan perbezaan pekerjaan berdasarkan sektor ekonomi. Pertama, penguasaan ekonomi memperlihatkan jurang yang luas bagi setiap etnik. Majoriti kaum Melayu menguasai sektor pertanian yang memerlukan banyak tenaga sumber manusia dan berteknologi rendah. Bagi kaum Cina, yang umumnya menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan, perdagagan dan menggunakan teknologi moden. Manakala, kaum India pula banyak terlibat dengan perladangan di estet getah dan kelapa sawit. Kenyataan di sini sudah membolehkan kita membuat satu kesimpulan iaitu terdapatnya jurang pendapatan yang begitu ketara dan tidak seimbang dalam ekonomi negara Malaysia. Semua golongan etnik sentiasa mencuba untuk bersaing dalam ekonomi ini untuk berusaha mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar. Penguasaan ekonomi yang berbeza serta jurang pendapatan yang tidak seimbang mengakibatkan ketidakstabilan dalam masyarakat majmuk. Justeru itu, implikasinya mengakibatkan ketidakpuasan hati bagi semua golongan etnik. Bagi kaum Melayu yang terlibat dalam sektor pertanian mendapat pendapatan yang sedikit dan berkemungkinan akan menghadapi dengan kemiskinan. Situasi yang sama juga akan berlaku terhadap kaum India yang di mana harga getah dan kelapa sawit adalah berlandaskan kepada keadaan ekonomi di dunia. Jika harga meningkat, maka, pulangannya tentu baik dan sebaliknya juga akan berlaku. Golongan etnik Cina pula akan terus mencari peluang-peluang keemasan dalam perniagaan dan mereka dapat hidup dalam hidup yang cukup mewah. Akan tetapi, mereka pasti berasa tidak puas hati yang di mana kebanyakan lubang perniagaan banyak diutamakan kepada kaum Bumiputera atau Melayu. Sudah tentu timbulnya persoalan di lubuk pemikiran mereka di mana hak mereka sedangkan selama ini mereka banyak menyumbang kepada ekonomi negara. Isu-isu sebegini merupakan perkara yang boleh menyebabkan negara kita bergolak. Selain itu, dalam Rancangan Malaysia Kedua ada menyatakan perpaduan negara tida boleh dicapai tanpa kesaksamaan dan keseimbangan yang lebih besar dalam kalangan kumpulan sosial dan etnik Malaysia melalui penyertaan mereka dalam pembangunan negara dan dalam perkongsian manfaat daripada permodenan dan pertumbuhan ekonomi. Sesungguhnya, perpaduan negara tidak boleh dipupuk seandainya sebahagian besarnya penduduk kekal miskik dan peluang pekerjaan produktif yang tidak mencukupi. Fenomena kemiskinan bukan sahaja terdapat di kawasan luar bandar tetapi juga di kawasan bandar. Keadaan ini boleh mengugat perpaduan negara kerana masalah kemiskinan hanya menonjol dalam kalangan kelompok etnik yang tertentu sahaja.


Cabaran yang ketiga adalah cabaran kepentingan etnik dari aspek politik iaitu di mana politik perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat kata sepakat oleh semua pihak. Isu-isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi jika dipergunakan untuk tujuan berpolitik, pastinya, ia tidak akan menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu. Implikasinya mengakibatkan semua etnik akan saling berusaha untuk mengekalkan identiti kaumnya sendiri tidak kira dari aspek bahasa dan budaya, mereka akan cuba untuk mempertahankan agar mereka juga mendapatkan hak yang sama rata. Selain itu, semangat taat setia pada negara Malaysia juga tidak wujud di kalangan etnik kerana masing-masing pasti ingin menaburkan bakti pada negara mereka sendiri. Lambang bendara Malaysia akan tinggal sebagai lambang sahaja jika semua etnik hanya mementingkan hak etnik masing-masing.

No comments:

Post a Comment