Monday, June 20, 2016
Friday, June 10, 2016
Ras dan
Rasisme
Di Malaysia,
konsep-konsep ras dan etnik kerap kali dicampur aduk sehingga maknanya menjadi
Iebih kurang sama. Orang Melayu, Cina dan India serta pelbagai etnik lain di
Sabah dan Sarawak yang sepatutnya dikenali sebagai etnik, juga dipanggil ras
dalam kehidupan seharian.
Pada
dasarnya, ras boleh dikatakan sebagai sebuah kelompok sosial yang mempunyai
tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal nyata,
seperti warna kulit, warna mata, warna rambut dan sebagainya. Ciri paling
ketara yang digunakan untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit.
Rasisme
ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran, atau kepercayaan negatif oleh sesuatu
kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan
perbezaan wajah fizikal-biologikal atau ras semata-mata dan ini ditunjukkan
secara terbuka melalui perilaku atau tindakan terbuka. Rasisme ialah gabungan
prejudis dan kuasa yang diartikulasi melalui diskriminasi berasaskan warna
kulit dan ciri-ciri fizikal-biologikal yang lain.
Rasisme wujud
pada dua tahap: tahap individu dan tahap institusi. Pada tahap individu,
rasisme berlaku dalam bentuk kepercayaan bahawa wujudnya ras tertentu yang
berstatus lebih tinggi dan ada ras yang berstatus lebih rendah. Rasisme pada
peringkat individu ini wujud dalam bentuk kepercayaan dan sikap individu. Pada
tahap institusi, rasisme melibatkan dasar dan pelaksanaan yang bersifat
diskriminasi, seterusnya membentuk ketidaksamaan bagi masyarakat daripada ras
yang berbeza. Rasisme pada tahap institusi ini dapat dilihat secara tersirat
dalam struktur sosial.
Prejudis dan Stereotaip
Prejudis
ditakrif sebagai pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang
tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu. Prejudis tidak diluahkan
secara terbuka. Lazimnya, pandangan ini tidak berasaskan maklumat yang jelas,
tepat atau mencukupi. Apabila prejudis disuarakan, prejudis menjadi stereotaip.
Prejudis antara etnik berlaku apabila sesebuah
kumpulan etnik memandang negatif terhadap kumpulan etnik lain. Prejudis yang
kuat terhadap kumpulan etnik lain sukar diubah walaupun fakta yang kukuh
diberikan bagi membuktikan bahawa pemahaman tersebut adalah salah. Melalui
proses sosialisasi, sikap prejudis disalurkan daripada satu generasi kepada
generasi lain. Kesan sikap prejudis semakin mudah dilihat apabila berlaku
persaingan bagi mendapatkan sesuatu yang terhad sama ada dalam aspek politik,
ekonomi atau sosial dan sebagainya.
Stereotaip
merupakan kenyataan-kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik
seperti "semua orang Arab itu beragama Islam", "orang Belanda
itu bersifat kedekut" dan sebagainya. Dengan kata lain, stereotaip ialah
gambaran berlebih-Iebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yang
ditujukan kepada sesuatu kumpulan etnik oleh etnik lain. Hal ini terhasil
apabila berlaku pertembungan dua atau lebih komuniti etnik. Fahaman stereotaip
ini akan menimbulkan perasaan yang negatif dalam kalangan masyarakat, khususnya
masyarakat majmuk di Malaysia. Hal ini kerana fahaman stereotaip akan
mengakibatkan sesuatu kumpulan etnik itu memandang rendah terhadap kumpulan
etnik lain dan seterusnya membataskan interaksi antara etnik dan menimbulkan semangat
perkauman yang menebal.
Ringkasnya, setiap kumpulan etnik mempunyai
pandangan stereotaipnya terhadap kumpulan etnik yang lain. Sebagai contoh,
orang Barat mempunyai pandangan stereotaip terhadap kumpulan-kumpulan etnik di
Malaysia. Begitu juga, etnik Melayu mempunyai gambaran stereotaip terhadap
etnik Cina dan India dan sebaliknya. Maka, setiap pertembungan etnik akan
menghasilkan stereotaip yang berupa gambaran negatif atau positif.
Akomodasi dan Asimilasi
Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan
setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan
etnik lain dan tetap mempertahan budaya hidup masing-masing. Konsep ini
diwakili oleh formula A + B + C = A + B + C, di sini A, B dan C merujuk kepada
budaya (Ting Chew Peh, 1987). Pelbagai kumpulan etnik hidup secara harmonis dan
menghormati antara satu sama lain. Pada peringkat pemerintahan pusat, setiap
kumpulan etnik mempunyai wakil dalam bidang ekonomi dan pendidikan dan mereka
saling bergantung. Konsep ini begitu meluas diamalkan di Malaysia kerana setiap
kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmoni. Jika
dilihat di luar Malaysia, Switzerland ialah negara yang mempunyai hubungan
etnik bersifat akomodasi kerana etnik Jerman, Perancis dan Itali saling membuat
penyesuaian antara mereka.
Asimilasi merupakan satu proses percantuman
dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu
kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Menurut Vander Zanden
(seorang ahli sosiologi), asimilasi ialah satu proses dalam mana
kelompok-kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara berlainan,
menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama (disebut dalam Chew
Hock Thye, 1975). Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya
penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. Konsep ini
diwakili dengan formula A + B + C = A, di sini A dalam hal ini mewakili
golongan dominan sementara B dan C mewakili kumpulan etnik minoriti. Contohnya,
orang Melayu di Thailand telah mengalami proses asimilasi yang menyebabkan
nama, bahasa dan hampir semua aspek cara hidup mereka (kecuali agama) telah
disatukan dengan amalan dan cara hidup orang Thai. Di Malaysia, apa yang
berlaku ke atas masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba dan Nyonya merupakan contoh
berlakunya proses asimilasi. Namun, bagi etnik Cina di Kelantan serta Baba dan
Nyonya, asimilasi berlaku dalam konteks budaya tanpa melibatkan anutan
kepercayaan atau agama.
Proses
asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli kumpulan
etnik berbeza budaya bagi suatu tempoh yang lama. Kejayaan asimilasi umumnya
bergantung kepada kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan
menerima identiti kumpulan etnik majoriti; terdapat banyak persamaan budaya
antara kumpulan etnik; dan kesanggupan kumpulan etnik majoriti menerima
kumpulan etnik minoriti.
Amalgamasi dan Akulturasi
Amalgamasi merupakan satu proses yang terjadi
apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru.
Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi adalah dengan terjadinya
perkahwinan campur antara kumpulan etnik. Teori amalgamasi dinyatakan dalam
bentuk formula A + B + C = D, di sini A, B, C mewakili kumpulan etnik berlainan
dan D mewakili amalgam, satu kumpulan baru terhasil daripada penyatuan A, B dan
C. Sebagai contoh, kumpulan-kumpulan etnik yang sedia wujud mengamalkan
perkahwinan campur lalu membentuk satu generasi baharu atau budaya baharu tanpa
menuruti budaya asal mereka.
Akulturasi
merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau
kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Akulturasi terjadi apabila
satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur
dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu
akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri. Berbeza dengan proses
asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal
masyarakat penerima.
Dalam sejarah
tamadun manusia, sering berlaku pertemuan atau pertembungan antara dua atau
lebih kebudayaan. Proses ini menyebabkan berlakunya proses -meminjam. Pada
peringkat awal, unsur pinjaman digunakan secara langsung kemudian diolah serta
dijadikan unsur kebudayaan sendiri. Di Malaysia, beberapa kes boleh dijadikan
rujukan seperti penggunaan tali leher, angpau, makanan, Duran dan sebagainya.
Tetapi, jika unsur budaya yang diambil itu tidak diolahbaik, pastinya tindakan
ini akan memberi kesan yang tidak baik kepada sesuatu masyarakat.
Tidak mudah
untuk membentuk sebuah masyarakat yang mencapai tahap akulturasi. Akulturasi
lebih mudah dicapai apabila melibatkan budaya bersifat kebendaan yang
mendatangkan manfaat seperti pakaian Barat. Unsur-unsur budaya yang bdak
berbentuk kebendaan seperti ideologi dan pemikiran adalah lebih sukar drterima.
Etnosentrisme dan Etnisiti
Etnik dapat
dikelaskan melalui perbezaan budaya. Etnik sering berbeza berdasarkan ciri
budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan mengenai
kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan. Di Malaysia, orang
Melayu, Cina, India, Kadazan Dusun, Melanau dan pelbagai lagi dianggap sebagai
etnik. Etnik pada dasarnya bersikap etnosentrik, iaitu menganggap ciri-ciri
budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang
dipandang rendah serta dianggap ganjil ataupun berada pada tahap rendah atau
tidak bermoral.
Konsep etnik
membentuk konsep etnisiti dan etnosentrisme. Etnisiti merujuk kepada rasa
kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Hal ini bererti wujudnya satu
kebudayaan atau sub budaya yang jelas yang menyatukan anggotanya dengan satu
sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama. Etnosentrisme pula merujuk
kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah
kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan
hebat daripada kelompok lain. Etnosentrisme juga membawa makna suatu perspektif
yang melihat kelompok etnik lain menerusi lensa dan kaca mata etnik sendiri.
Soalan Pengukuhan (CTU 555 Populariti Masyarakat Alam Melayu Dalam Sejarah )
Soalan 1
Huraikan Empat elemen utama yang membuktikan kerajaan Melayu Melaka sebagai sebuah kerajaan Islam
Antara faktor melaka menjadi pusat pluraliti masyarakat ialah sultan melaka yang berwawasan dan berwibawa selain itu sistem pentadbiran melaka yang cekap dibantu oleh bendahara Tun Perak, dasar pelabuhan dan perdagangan bebas, pemelukan Islam oleh raja Melaka dan ditambah pula dengan adanya sultan melaka yang cintakan ilmu pengetahuan dari Arab, cina ,India dan lain lain datang berdagang dengan bebas dan aman, Pedagang arab telah menyebarkan islam serta mengajar pelbagai bidang ilmu
pengetahuan seperti ilmu tasawuf fiqah ibadah dan lain lain. Di samping itu raja Melaka berkahwin dengan masyarakat pendatang seperti perkahwinan Puteri Hang li Po dari China dan membuat percampuran diplomatik dengan negeri china. Berlaku pencampuran masyarakat dan budaya iaitu pluraliti masyarakat dan pluraliti budaya di Melaka secara asimilasi. Contohnya : masyarakat baba dan nyonya keturunan Syed Arab dan lain lain. Dari aspek budaya pula dapat dilihat dalam amalan upacara bersanding yang dipengaruhi oleh unsur hindu. Manakala contoh ; Majlis khatam al- Quran, berzanji dan marhaban dari Arab atau Islam.
Huraikan Empat elemen penting yang berkait rapat dengan pembentukan masyarakat pluralistik selepas merdeka.
Dari segi politik, setiap etnik telah membentuk parti politik masing masing iaitu Melayu ( UMNO) cina (MCA ) dan india ( MIC). ketiga tiga parti telah bergabung sebagai parti perikatan dan menang dalam pilihanraya tahun 1955. Ketiga tiga parti tersebut sama sama berjuang menuntut kemerdekaan daripada pihak british.
Dari segi perlembagaan , perlembagaan persekutuan malaysia adalah undang undang tertinggi yang menjadi sumber segala prundangan yang lain yan gwujud dimalaysia. Dari segi sejarah terdapat dua peringkat kontrak sosial yang pernah berlaku di alam melayu. Pertama ialah yang berlaku di zaman pluraliti iaitu wa'ad atau janji taat setia dan saling menghormati di antara rakyat dan raja. Ia berlaku antara Demang Lebar Daun yang mewakili rakyat dengan Sang Sapurba yang mewakili raja dan pemerintah
Dari segi pendidikan, semasa zaman penjajahan british tidak ada satu pun pendidikan rasional. Setiap etnik mempunyai acuan pendidikan sendiri iaitu Sekolah Melayu, Cina dan Tamil. Sistem pendidikan di persekutuan di tanah melayu terbahagi kepada tiga peringkat iaitu
a) Pendidikan british rendah dan menengah - anak bangsawan melayu dan anak hartawan cina dan india
b) Sekolah melayu peringkat rendah dengan bantuan british
c)Sekolah vernakular Cina dan Tamil
Selepas merdeka perlembagaan telah memperuntukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
Dari segi Ekonomi, selepas merdeka kerajaan telah melakukan pelbagai usaha untuk mengatasi masalah ekonomi dan sosio politik. Rancangan pembangunan ekonomi negara dibahagikan kepada empat peringkat
a) Rancangan pra merdeka ( rangka pembangunan persekutuan tanah melayu dan rancangan persekutuan melayu pertama )
b) rancangan selepas merdeka ( rancangan persekutuan melayu kedua dan sebahagian daripada rancangan malaysia yang pertama )
c) rancangan era dasar ekonomi baru
d) dasar pembangunan negara
Jelaskan tiga faktor pembentukan pluraliti di Malaysia
Huraikan Empat elemen utama yang membuktikan kerajaan Melayu Melaka sebagai sebuah kerajaan Islam
Antara faktor melaka menjadi pusat pluraliti masyarakat ialah sultan melaka yang berwawasan dan berwibawa selain itu sistem pentadbiran melaka yang cekap dibantu oleh bendahara Tun Perak, dasar pelabuhan dan perdagangan bebas, pemelukan Islam oleh raja Melaka dan ditambah pula dengan adanya sultan melaka yang cintakan ilmu pengetahuan dari Arab, cina ,India dan lain lain datang berdagang dengan bebas dan aman, Pedagang arab telah menyebarkan islam serta mengajar pelbagai bidang ilmu
pengetahuan seperti ilmu tasawuf fiqah ibadah dan lain lain. Di samping itu raja Melaka berkahwin dengan masyarakat pendatang seperti perkahwinan Puteri Hang li Po dari China dan membuat percampuran diplomatik dengan negeri china. Berlaku pencampuran masyarakat dan budaya iaitu pluraliti masyarakat dan pluraliti budaya di Melaka secara asimilasi. Contohnya : masyarakat baba dan nyonya keturunan Syed Arab dan lain lain. Dari aspek budaya pula dapat dilihat dalam amalan upacara bersanding yang dipengaruhi oleh unsur hindu. Manakala contoh ; Majlis khatam al- Quran, berzanji dan marhaban dari Arab atau Islam.
Huraikan Empat elemen penting yang berkait rapat dengan pembentukan masyarakat pluralistik selepas merdeka.
Dari segi politik, setiap etnik telah membentuk parti politik masing masing iaitu Melayu ( UMNO) cina (MCA ) dan india ( MIC). ketiga tiga parti telah bergabung sebagai parti perikatan dan menang dalam pilihanraya tahun 1955. Ketiga tiga parti tersebut sama sama berjuang menuntut kemerdekaan daripada pihak british.
Dari segi perlembagaan , perlembagaan persekutuan malaysia adalah undang undang tertinggi yang menjadi sumber segala prundangan yang lain yan gwujud dimalaysia. Dari segi sejarah terdapat dua peringkat kontrak sosial yang pernah berlaku di alam melayu. Pertama ialah yang berlaku di zaman pluraliti iaitu wa'ad atau janji taat setia dan saling menghormati di antara rakyat dan raja. Ia berlaku antara Demang Lebar Daun yang mewakili rakyat dengan Sang Sapurba yang mewakili raja dan pemerintah
Dari segi pendidikan, semasa zaman penjajahan british tidak ada satu pun pendidikan rasional. Setiap etnik mempunyai acuan pendidikan sendiri iaitu Sekolah Melayu, Cina dan Tamil. Sistem pendidikan di persekutuan di tanah melayu terbahagi kepada tiga peringkat iaitu
a) Pendidikan british rendah dan menengah - anak bangsawan melayu dan anak hartawan cina dan india
b) Sekolah melayu peringkat rendah dengan bantuan british
c)Sekolah vernakular Cina dan Tamil
Selepas merdeka perlembagaan telah memperuntukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
Dari segi Ekonomi, selepas merdeka kerajaan telah melakukan pelbagai usaha untuk mengatasi masalah ekonomi dan sosio politik. Rancangan pembangunan ekonomi negara dibahagikan kepada empat peringkat
a) Rancangan pra merdeka ( rangka pembangunan persekutuan tanah melayu dan rancangan persekutuan melayu pertama )
b) rancangan selepas merdeka ( rancangan persekutuan melayu kedua dan sebahagian daripada rancangan malaysia yang pertama )
c) rancangan era dasar ekonomi baru
d) dasar pembangunan negara
Jelaskan tiga faktor pembentukan pluraliti di Malaysia
Kenyataan di
atas ternyata dapat kita simpulkan bahawa pelbagai cabaran yang perlu kita
tempuhi bagi membina negara Malaysia yang unggul di mata dunia. Terdapat
pelbagai cabaran yang di antaranya adalah cabaran sulung atau yang utama iaitu
di mana cabaran kepentingan etnik dari aspek sosial. Aspek sosial ini dapat
lihat melalui empat paradigma yang berlainan iaitu dari sudut pemisahan
fizikal, sistem pendidikan yang berasingan, polarisasi dalam kalangan pelajar
dan kontrak sosial. Dari sudut pemisahan fizikal ianya berlaku dalam masyarakat
negara ini yang timbul akibat daripada kesan dasar “pecah dan perintah” yang
diamalkan oleh British sejurus mennjajah Malaysia. Ketiga-ketiga kumpulan kaum
ini bukan sahaja terasing daripada segi lokasi tempat tinggal, malahan mereka
menjalankan jenis pekerjaan yang berbeza. Keadaan ini juga menyebabkan sesuatu
golongan etnik itu tidak mengenal atau berpeluang berinteraksi dengan lebih
kerap di antara sesama mereka khususnya mereka yang tinggal dalam wilayan yang
berbeza. Hal ini berlaku akibat pemisahan fizikal yang disebabkan keadaan
geografi di Sabah dan Sarawak yang terpisah oleh Laut China Selatan.
Implikasinya terhadap hubungan etnik memperlihatkan perbezaan dari aspek lokasi
yang berbeza merupakan perkembangan yang kurang sihat dalam pemupukan hubungan
etnik di Malaysia. Selain itu, ia hanya meningkatkan lagi perasaan kekitaan
atau etnosentrisme yang bermaksud pandangan atau perseptif yang melihatkan
kelompok etnik lain melalui kaca mata etnik itu sendiri. Keadaan sebegini hanya
akan menimbulkan prasangka, stereotaip dan mengekalkan kejahilan di dalam
kalangan ahli bagi sesuatu golongan etnik terhadap golongan etnik yang lain.
Contoh yang boleh kita nyatakan di sini adalah, kejahilan ilmu masyarakat
Semanjung Malaysia dalam memahami cara hidup masyarakat Sabah dan Sarawak yang
sedikit berbeza dari aspek budaya, keagamaan mahupun adat resam. Perkara
sebegini mungkin akan berlaku jika semua etnik hanya mengambil berat tentang
etniknya yang tersendiri sahaja. Maka, pastinya amat sukar sekali Malaysia
untuk menjadi negara yang lebih maju sekiranya masyarakatnya terpisah dari
sudut fizikal dan terasing dari arus pemodenan negara. Seterusnya, adalah dari
sudut sistem pendidikan yang terasing. Setiap golongan etnik mempunyai sistem
pendidikan yang tersendiri. Maksudnya di sini adalah, pelajar Melayu menuntut
di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa perantaraan bahasa Melayu, pelajar
Cina menuntut di sekolah Cina dan juga menggunakan bahasa Mandarin sebagai
bahasa perantaraan, manakala, pelajar India menuntut di sekolah Tamil dan
menggunakan bahasa Tamil. Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut
bahasa ibunda dan perbezaan etnik kurang memainkan peranan yang berkesan bagi
memupuk integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar. Situasi hanya akan
menyebabkan interaksi mereka hanya terhad di antara etnik yang sama sahaja.
Implikasi bagi hubungan etnik ini hanya memberikan kesan yang negatif kepada
negara Malaysia. Semua etnik masing-masing mempertahankan bahasa ibunda mereka
dan tidak akan menerima bahasa ibunda kaum yang lain. Ini adalah mereka akan
menganggap adalah tidak wajar dan tidak penting untuk mempelajari bahasa kaum
yang lain. Selain itu, adalah menjadi satu kemestian di mana setiap sekolah
mengamalkan sistem pendidikan yang berbeza. Ianya akan memberikan impak yang
kurang elok kepada penstrukturan negara kerana mempunyai corak pendidikan yang
berbeza-beza. Tidak juga dilupakan bahawa golongan yang menuntut di sekolah itu
juga akan terlahirnya para pemimpin untuk mentadbir negara Malaysia pada satu
hari kelak. Sekiranya pemikiran mereka hanya disogok dengan etnik mereka
sahaja, sudah pasti Malaysia tidak akan berada dalam keadaan yang aman. Bakal
pemimpin negara ini juga mengalami kesukaran untuk mendapatkan kata sepakat
daripada rakyatnya yang terdiri daripada etnik yang berbeza. Pastinya, amat
sukar untuk kita memupuk masyarakat yang majmuk jika cabaran ini dianggap
enteng oleh pihak yang berwajib. Dari sudut polarisasi dalam kalangan pelajar
yang dapat kita lihat adalah masih lagi terdapat keterasingan pada peringkat
sekolah rendah, kerenggangan pada peringkat sekolah menegah dan institut
pengajian tinggi awam (IPTA) serta institut pengajian tinggi swasta (IPTS)
masih wujud. Keadaan sebegini menyukarkan lagi proses hubungan etnik di
Malaysia. Implikasinya di sini adalah nilai-nilai bagi memupuk semangat
kekitaan pada negara Malaysia tidak dapat diterapkan dengan berkesan kerana
masih lagi terdapat jurang di antara semua kaum. Jika kita lihat, pada masa
kini, masih ada lagi para ibu bapa yang kurang mempercayai untuk menghantar
anak-anak mereka ke Sekolah Kebangsaan. Mereka lebih mudah menghantar anak-anak
mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan kerana merasakan struktur pendidikan di
sekolah tersebut dapat menjamin kecemerlangan akademik anak mereka. Sukar
sekali untuk kita memaksa ibu bapa ini kerana mereka mempunyai satu perspektif
yang perlu kita hormati. Walau bagaimanapun, tidak semua ibu bapa yang
bertindak sedemikian.
Cabaran yang
kedua adalah cabaran kepentingan etnik dari aspek ekonomi. Melalui aspek
ekonomi terdapat dua perkara yang perlu ditekankan adalah penguasaan ekonomi
dan perbezaan pekerjaan berdasarkan sektor ekonomi. Pertama, penguasaan ekonomi
memperlihatkan jurang yang luas bagi setiap etnik. Majoriti kaum Melayu
menguasai sektor pertanian yang memerlukan banyak tenaga sumber manusia dan
berteknologi rendah. Bagi kaum Cina, yang umumnya menguasai sektor yang lebih
maju seperti perniagaan, perdagagan dan menggunakan teknologi moden. Manakala,
kaum India pula banyak terlibat dengan perladangan di estet getah dan kelapa
sawit. Kenyataan di sini sudah membolehkan kita membuat satu kesimpulan iaitu
terdapatnya jurang pendapatan yang begitu ketara dan tidak seimbang dalam
ekonomi negara Malaysia. Semua golongan etnik sentiasa mencuba untuk bersaing
dalam ekonomi ini untuk berusaha mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih
besar. Penguasaan ekonomi yang berbeza serta jurang pendapatan yang tidak
seimbang mengakibatkan ketidakstabilan dalam masyarakat majmuk. Justeru itu,
implikasinya mengakibatkan ketidakpuasan hati bagi semua golongan etnik. Bagi
kaum Melayu yang terlibat dalam sektor pertanian mendapat pendapatan yang
sedikit dan berkemungkinan akan menghadapi dengan kemiskinan. Situasi yang sama
juga akan berlaku terhadap kaum India yang di mana harga getah dan kelapa sawit
adalah berlandaskan kepada keadaan ekonomi di dunia. Jika harga meningkat,
maka, pulangannya tentu baik dan sebaliknya juga akan berlaku. Golongan etnik
Cina pula akan terus mencari peluang-peluang keemasan dalam perniagaan dan
mereka dapat hidup dalam hidup yang cukup mewah. Akan tetapi, mereka pasti
berasa tidak puas hati yang di mana kebanyakan lubang perniagaan banyak
diutamakan kepada kaum Bumiputera atau Melayu. Sudah tentu timbulnya persoalan
di lubuk pemikiran mereka di mana hak mereka sedangkan selama ini mereka banyak
menyumbang kepada ekonomi negara. Isu-isu sebegini merupakan perkara yang boleh
menyebabkan negara kita bergolak. Selain itu, dalam Rancangan Malaysia Kedua
ada menyatakan perpaduan negara tida boleh dicapai tanpa kesaksamaan dan
keseimbangan yang lebih besar dalam kalangan kumpulan sosial dan etnik Malaysia
melalui penyertaan mereka dalam pembangunan negara dan dalam perkongsian
manfaat daripada permodenan dan pertumbuhan ekonomi. Sesungguhnya, perpaduan
negara tidak boleh dipupuk seandainya sebahagian besarnya penduduk kekal miskik
dan peluang pekerjaan produktif yang tidak mencukupi. Fenomena kemiskinan bukan
sahaja terdapat di kawasan luar bandar tetapi juga di kawasan bandar. Keadaan
ini boleh mengugat perpaduan negara kerana masalah kemiskinan hanya menonjol
dalam kalangan kelompok etnik yang tertentu sahaja.
Cabaran yang
ketiga adalah cabaran kepentingan etnik dari aspek politik iaitu di mana
politik perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang senang hati dan mengukuhkan
semangat perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat kata sepakat
oleh semua pihak. Isu-isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan,
agama, kerakyatan, dan ekonomi jika dipergunakan untuk tujuan berpolitik,
pastinya, ia tidak akan menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu.
Implikasinya mengakibatkan semua etnik akan saling berusaha untuk mengekalkan
identiti kaumnya sendiri tidak kira dari aspek bahasa dan budaya, mereka akan
cuba untuk mempertahankan agar mereka juga mendapatkan hak yang sama rata.
Selain itu, semangat taat setia pada negara Malaysia juga tidak wujud di
kalangan etnik kerana masing-masing pasti ingin menaburkan bakti pada negara
mereka sendiri. Lambang bendara Malaysia akan tinggal sebagai lambang sahaja
jika semua etnik hanya mementingkan hak etnik masing-masing.
Thursday, June 9, 2016
LATIHAN
1. Bagaimanakah kefahaman terhadap 5 alam dapatmewujudkan dalam masyarakat walaupun berbeza ?
Kefahaman terhadap 5 alam yang dilalui manusia membuatkan kita sedar bahawa harta benda dan kemewahan diatas bumi ini hanya sementara sahaja. Yang membawa maksud kemewahan yang ada didiunia tidak akan memberi kesan kepada akhirat . Di akhirat, amal ibadat dan anak anak soleh serta ilmu yang akan dihisap dan dipertimbangkan tetapi bukanlah kemewahan dunia yang dicari.
Selain itu terdapat kepelbagaian masyarakat, bangsa dan budaya yang berkelompok dalam satu komuniti. Hal ini kerana terdapat pelbagai pendapat dan persepsi yang berbeza antara satu sama lain. ianya tidak akan merencatkan sesuatu komuniti tetapi boleh meningkatkan mutu kerjasama dan tolong menolong dalam masyarakat serta memupuk kehormanian.
Disamping itu kefahaman ini boleh menyebabkan kita mengfokuskan diri untuk memperbaiki diri. Untuk memperbaiki diri terdapat dalam pelbagai cara salah satunya ialah membaiki niat dan tegakkan iman untuk mengenali Allah SWT. Niat yang perlu kita bawa adalah untuk menjadi seseorang hamba Allah SWT dan Khalifah pada hari ini. Menegakkan iman untuk mengenali Allah SWT adalah cara yang menjadikan kita Taat atas segala perintahNya.
Seterusnya, melalui Alam Kubur. Masyarakat akan mewujudkan sikap saling membantu, menziarahi, bersua muka sekiranya ada kematian. Dengan itu masyarakat yang berbeza kaum akan berganding bahu untuk menguruskan si mati melalui itu boleh mewujudkan masyarakat menjadi harmoni.
Melalui alam roh. Pada peringkat alam roh, mereka semua telah membuat satu perjanjian yang akan mengaku Allah SWT adalah tuhan mereka tetapi didunia mereka sudah beralih arah kerana adat dan bangsa yang mereka amalkan. Mereka saling berkait rapat dan memerlukan kerana di alam roh mereka telah bertemu dan didunia mereka mengenali serta menjadi masyarakat yang harmoni.
2. Berikan 4 ciri Budaya
- Budaya itu bukan bawaan tetapi boleh dipelajari
- Boleh diwarisi
- Bersifat sejagat bersatu
- Boleh dikongsi dari seseorang kepada seseorang yang lain, dari satu kelompok ke kelompok yang lain
dan dari sebuah jenerasi ke jenerasi yang lain
dan dari sebuah jenerasi ke jenerasi yang lain
- mempunyai sifat dinamis iaitu suatu sistem yang akan terus berubah di sepanjang waktu.
3. Kriteria negara yang maju
- pendidikan paling rendah adalah degree.
- peratusan terbesar dihasilkan oleh hasil bumi sendiri.
- teknologi berkembang dengan pesat
- Tingkat pertumbuhan penduduk rendah
Piagam Atlantik
- Hak menentukan nasib sendiri
- Pengurangan rintangan perdagangan
- Tidak ada lagi wilayah yang dicerobohi oleh Amerika Syarikat / Inggeris
- Pengaturan sebuah wilayah harus sesuai dengan kehendak masyarakat bersangkutan
- Memajukan kerjasama ekonomi dunia dan peningkatan kesejahteraan sosial
- Kebebasan kehendak dan bebas dari kekhuatiran.
- Pelucutan senjata diseluruh dunia pasca Perang
- Menciptakan kebebasan di laut lepas
Pindaan Perlembagaan
-Mendapat pungutan suara majoriti biasa dari tiap tiap buah majlis parlimen
-Mendapat suara 2/3 dari tiap tiap majlis Parlimen
- pendidikan paling rendah adalah degree.
- peratusan terbesar dihasilkan oleh hasil bumi sendiri.
- teknologi berkembang dengan pesat
- Tingkat pertumbuhan penduduk rendah
Piagam Atlantik
- Hak menentukan nasib sendiri
- Pengurangan rintangan perdagangan
- Tidak ada lagi wilayah yang dicerobohi oleh Amerika Syarikat / Inggeris
- Pengaturan sebuah wilayah harus sesuai dengan kehendak masyarakat bersangkutan
- Memajukan kerjasama ekonomi dunia dan peningkatan kesejahteraan sosial
- Kebebasan kehendak dan bebas dari kekhuatiran.
- Pelucutan senjata diseluruh dunia pasca Perang
- Menciptakan kebebasan di laut lepas
Pindaan Perlembagaan
-Mendapat pungutan suara majoriti biasa dari tiap tiap buah majlis parlimen
-Mendapat suara 2/3 dari tiap tiap majlis Parlimen
Tuesday, June 7, 2016
Nama Ahli kumpulan
- MOHD ADNAN BIN ABD RAHIM 2015831382
- KHAIREENA BINTI KHAIRI 2015404774
- NUR AFIQAH BINTI ISAN 2015481848
- HAMIDATON IZATI BINTI HAMBALI 2015454676
SURAH AL- HUJUURAT
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengahnya yang lain. (Larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya.
Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya semasa mereka berada di sisi Rasulullah (s.a.w), - merekalah orang-orang yang telah dibersihkan Allah hati mereka untuk bertaqwa; mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.
Sesungguhnya orang-orang yang memanggilmu dari luar bilik-bilik (tempat ahlimu, wahai Muhammad), kebanyakan mereka tidak mengerti (adab dan tata tertib).
Dan kalaulah mereka bersabar menunggu sehingga engkau keluar menemui mereka, tentulah cara yang demikian lebih baik bagi mereka; dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
Dan ketahuilah! Bahawasanya dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya); kalaulah ia menurut kehendak kamu dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi (Rasulullah tidak menurut melainkan perkara yang diwahyukan kepadanya, dan kamu wahai orang-orang yang beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus; -
(Mereka dijadikan berkeadaan demikian) sebagai limpah kurnia dan nikmat pemberian dari Allah; dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
TAJUK : GAYA HIDUP SIHAT
TAJUK
PROJEK :
GAYA
HIDUP SIHAT
DISEDIAKAN
OLEH :
MOHD ADNAN BIN ABD RAHIM 2015831382
KHAIREENA BINTI KHAIRI 2015404774
NUR AFIQAH BINTI ISAN 2015481848
HAMIDATON IZATI BINTI HAMBALI 2015454676
MOHD ADNAN BIN ABD RAHIM 2015831382
KHAIREENA BINTI KHAIRI 2015404774
NUR AFIQAH BINTI ISAN 2015481848
HAMIDATON IZATI BINTI HAMBALI 2015454676
DISEMAK
OLEH :
USTAZAH
MAHFUZAH BINTI ZABIDI
KOD
KURSUS & PROGRAM:
CTU555
& AP248/2A
1. Sebab memilih tajuk :
- Ingin mengetahui bilangan pelajar yang mengamalkan gaya hidup sihat.
- Kerana terlampau ramai kalangan obesiti di malaysia
- Mengetahui cara pengambilan makanan
- Pelajar sukar meluangkan masa untuk bersukan
2. Kepentingan Gaya Hidup Sihat
a) Memastikan
tahap kesihatan yang baik
Kebaikan utama gaya hidup yang sihat ialah
amalan yang membina ini sentiasa memastikan tahap kesihatan berada dalam
keadaan yang baik. Sebagai contohnya, gaya hidup sihat selalu memberi faedah
kepada kecergasan fizikal. Misalnya , dengan melakukan aktiviti senaman secara
kerap , kehidupan seseorang itu menjadi lebih sihat dan menceriakan. Senaman
seperti bersukan, berekreasi, bersenam robik, berjalan dan berlari memastikan
tubuh kita menjadi cergas dan sistem peredaran darah menjadi lebih teratur.
Pada masa yang sama, sistem imunisasi manusia menjadi lebih cekap dan
seterusnya stamina dan kekuatan dapat dibina. Selain daripada itu, amalan gaya
hidup yang sihat juga menggurangkan risiko menghadapi penyakit berbahaya.
Sebagai contohnya, apabila kita sering melakukan senaman ataupun mengambil
makanan dengan kadar nutrisi yang betul, maka kita dapat mengelakkan diri
daripada pendedahan kepada penyakit berbahaya. Misalnya, penyakit seperti
diabetes dan penyakit jantung sering mencari mangsa yang kurang mengamalkan
amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok dan makan makanan yang
berkolestrol.
b)
Menstabilkan kesihatan mental dan mengurangkan tekanan.
Seterusnya, gaya hidup sihat juga menjamin
kestabilan kesihatan mental serta sentiasa mengawal ataupun mengurangkan
tekanan. Sebagai contohnya, amalan berehat dan tidur dengan kadar yang
mencukupi dapat mengurangkan tekanan dan menenangkan tubuh badan serta minda.
Dengan bersikap lebih prihatin terhadap masa rehat dan masa tidur proses
metabolism juga dapat dijalankan dengan lancer. Berikutan dengan itu, gaya
hidup sihat yang lain seperti pemikiran positif mampu memberi jalan
penyelesaian bagi kemelut–kemelut yang serius tanpa mengadapi tekanan yang
berlebihan. Ini adalah kerana tekanan yang kita hadapi kadang kala boleh
menjuruskan kepada masalah mental ataupun masalah sosial seperti pembuangan
bayi, vandalisme dan sebagainya.
c)
Mendisiplinkan masyarakat
Pada masa
yang sama, gaya hidup yang sihat juga melahirkan insan yang disiplin dan sihat
dari segi fizikal dan persekitaraannya. Misalnya, seseorang yang mengamalkan
gaya yang positif akan sentiasa menjaga kebersihan diri sendiri dan juga
persekitaraanya. Dengan mengutamakan kebersihan , maka kita dapat menghalang
wabak-wabak penyakit dari terus tersebar. Di samping itu, kita juga dapat hidup
dalam suasana yang sihat dan harmoni. Amalan seperti menjaga kebersihan diri
serta persekitaraan melalui mandi, berpakaian bersih, gotong-royong dan
membuang sampah-sarap dalam tong sampah akan membentuk disiplin dan peribadi
seseorang.
3. Cara Mengatasi
- Melibatkan diri ( kumpulan ) melakukan gaya hidup sihat seperti berjogging, bersenam, mengamalkan makanan yang seimbang dan sebagainya.
- Menyebarkan notis cara pemakanan
-menjaga kebersihan
- Antara faedah mengamalkan gaya hidup sihat adalah dapat menjadikan badan kita kuat. Makanan yang diambil berdasarkan piramid makanan akan membantu tubuh untuk melawan penyakit kerana tubuh kita mendapat nutrisi yang secukupnya. Sebagai contoh, apabila makanan yang diambil bebas daripada penggunaan bahan pewarna dan perasa tambahan juga baja kimia, badan kita akan menjadi lebih sihat dan kuat. Hal ini akan menjurus kepada menjadikan badan lebih kuat bagi menangkis penyakit.
Selain itu, kita dapat menjalani kehidupan
yang lebih bermakna. Hal ini kerana, gaya hidup sihat menjanjikan kita dengan
kesihatan yang lebih baik berbanding gaya hidup tidak sihat. mereka yang
mengamalkan gaya hidup sihat seperti mengawal makanan dan bersenam dapat
mengurangkan risiko penyakit misalnya jantung tersumbat. Kesannya, pengamal
tidak perlu menjalani kehidupan menyulitkan seperti terpaksa mengikut jadual
ubat-ubatan dan pergi ke hospital.
Di samping itu, pengamal juga akan terhindar
daripada pelbagai gejala sosial seperti merokok, minum arak, mengambil dadah
dan pergaulan bebas. Hal ini kerana pengamal akan dapat memikirkan secara logik
tentang kesan apabila terlibat dengan penyakit sosial. Sebagai kesan, pengamal
akan menjadi seseorang yang memberi manfaat kepada masyarakat.
Akhir sekali, pengamalan gaya hidup sihat
akan dapat melahirkan sebuah keluarga yang bahagia. Hal ini kerana keluarga ini
dibina berdasarkan sebuah elemen yang cukup mantap iaitu gaya hidup sihat yang
merangkumi pengambilan makanan seimbang, senaman dan tidak terlibat dengan
gejala sosial. Hubungan antara keluarga juga dapat dieratkan. Misalnya, ahli
keluarga makan makanan sihat bersama-sama dann beriadah bersama sama. keluarga
bahagia inilah yang akan dapat melahirkan anak-anak yang produktif untuk
negara.
GAYA HIDUP SIHAT DARI PANDANGAN ISLAM
PENGHARGAAN
OBJEKTIF
- Ingin mengetahui bilangan pelajar yang mengamalkan gaya hidup sihat.
- Kerana terlampau ramai kalangan obesiti di malaysia
- Mengetahui cara pengambilan makanan
- Pelajar sukar meluangkan masa untuk bersukan
DARI KAJIAN TEMU RAMAH
Antara soalan soalan yang telah kami berikan kepada pelajar ialah
1) apakah yang ada paham tentang gaya hidup sihat
2) Sebagai seorang pelajar, bagaimana anda menguruskan masa dengan gaya hidup sihat
3) Apakah pengambilan makanan yang anda ambil
Hasil Dapatan
Melalui temu ramah yang telah kami lakukan, kebanyakan pelajar tidak mengetahui erti gaya hidup sihat dari segi fizikal dan mental. sebahagian daripada mereka tidak mengamalkan cara yang betul bahkan mereka hanya mengetahui gaya hidup sihat itu adalah berkaitan dgn bersenam dan cara pemakanan yang betul.
Selain itu, sebilangan pelajar tidak arif dalam pengurusan jadual yang betul . Hal ini dapat dibuktikan apabila hanya sebilangan pelajar sahaja yang mengamalkan gaya hidup sihat, tetapi selebihnya tidak menggunakan masa bersenam sebagai rutin harian mereka . Seperti berjoging pada waktu petang, mengamalkan pemakanan yang sihat pada setiap hari, mengelakkan pemakanan yang mengandungi perisa tambahan yang berlebihan seperti makanan ringan pizza, keropok berperisa dan sebagainya yang boleh membawa kesan negatif kepada diri.
Namun yang demikian, terdapat sebilangan pelajar mengambil cara pemakanan yang betul dan berkhasiat seperti karbohidrat, protein, sayur - sayuran dan lain lain yang boleh menggalakkan pertumbuhan yang sihat dalam kalangan masayarakat. Pengamalan gaya hidup sihat yang diamalkan dpaat membawa impak positif kepada diri dan masyarakat sekeliling.
Natijahnya , kebanyakan siswa dan siswi tidak mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan mereka sebagai pelajar. Hal ini kerana mereka lebih sibuk dengan kepadatan kerja pelajar yang diberikan oleh pensyarah daripada mementingkan pemakanan dan cara gaya hidup yang sihat. Oleh itu, pelajar seharusnya melakukan aktiviti atau senaman yang ringan walaupun hanya beberapa minit bagi memastikan makanan yang di ambil mampu memberi tenaga dan kesan positif kepada mereka.
GAYA HIDUP SIHAT DARI PANDANGAN ISLAM
PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim..
Alhamdullilah,bersyukur
ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang
dianugerahkan kepada kami dapat juga menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Pertamanya,
kami ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada pensyarah tercinta saya,
Ustazah Mahfuzah Binti Zabidi kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan
daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.
Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada
kawan-kawan serta temu ramah yang memberi kami pemudahcara untuk
menyiapkan kerja kursus ini dengan hasil jawapan yang jujur mereka
berika. .Mereka telah memberikan kami segala kemudahan dan sokongan
moral yang tidak terhingga sampai kami berjaya menghabiskan tugasan ini.
Akhir
madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung
atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.
OBJEKTIF
- Ingin mengetahui bilangan pelajar yang mengamalkan gaya hidup sihat.
- Kerana terlampau ramai kalangan obesiti di malaysia
- Mengetahui cara pengambilan makanan
- Pelajar sukar meluangkan masa untuk bersukan
DARI KAJIAN TEMU RAMAH
Antara soalan soalan yang telah kami berikan kepada pelajar ialah
1) apakah yang ada paham tentang gaya hidup sihat
2) Sebagai seorang pelajar, bagaimana anda menguruskan masa dengan gaya hidup sihat
3) Apakah pengambilan makanan yang anda ambil
Hasil Dapatan
Melalui temu ramah yang telah kami lakukan, kebanyakan pelajar tidak mengetahui erti gaya hidup sihat dari segi fizikal dan mental. sebahagian daripada mereka tidak mengamalkan cara yang betul bahkan mereka hanya mengetahui gaya hidup sihat itu adalah berkaitan dgn bersenam dan cara pemakanan yang betul.
Selain itu, sebilangan pelajar tidak arif dalam pengurusan jadual yang betul . Hal ini dapat dibuktikan apabila hanya sebilangan pelajar sahaja yang mengamalkan gaya hidup sihat, tetapi selebihnya tidak menggunakan masa bersenam sebagai rutin harian mereka . Seperti berjoging pada waktu petang, mengamalkan pemakanan yang sihat pada setiap hari, mengelakkan pemakanan yang mengandungi perisa tambahan yang berlebihan seperti makanan ringan pizza, keropok berperisa dan sebagainya yang boleh membawa kesan negatif kepada diri.
Namun yang demikian, terdapat sebilangan pelajar mengambil cara pemakanan yang betul dan berkhasiat seperti karbohidrat, protein, sayur - sayuran dan lain lain yang boleh menggalakkan pertumbuhan yang sihat dalam kalangan masayarakat. Pengamalan gaya hidup sihat yang diamalkan dpaat membawa impak positif kepada diri dan masyarakat sekeliling.
Natijahnya , kebanyakan siswa dan siswi tidak mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan mereka sebagai pelajar. Hal ini kerana mereka lebih sibuk dengan kepadatan kerja pelajar yang diberikan oleh pensyarah daripada mementingkan pemakanan dan cara gaya hidup yang sihat. Oleh itu, pelajar seharusnya melakukan aktiviti atau senaman yang ringan walaupun hanya beberapa minit bagi memastikan makanan yang di ambil mampu memberi tenaga dan kesan positif kepada mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)